Monday 3 June 2013

CAPITAL A ♥


  Assalamualaikum dan hai :) Hmm sebenarnya saya nak share something ni dekat sini sebab saya rasa tak tahu dah nak kongsi dgn siapa :( Yang pasti , setiap apa yang saya luahkan dalam blog ni hanya lah merupakan isi hati saya sahaja, tidak ada niat apa-apa pun. Mohon mengerti ibu ibu bapak bapak sekalian -,-

   Kali ni saya nak cerita pasal my crush . Tanpa saya jelaskan apa maksud crush pun, ramai yang dah tahu , crush tu means “orang yang kita suka/minat.” Bagi pasangan yang bercinta tu , untunglaa korang ada pasangan . Tapi saya tak menyesal pun kalau saya tak bercinta sekarang. Sebab hidup saya dah bahagia dengan adanya kawan-kawan di samping saya
J . Eh  tapi kan, walaupun saya tak bercinta saya pun ada perasaan sukakan someone juga. Ni laa dipanggil crush :* hihi . So , kat sini saya nak cerita sikit macam mana saya boleh ‘tersuka’ dekat dia. heee
   Haa , nama gelaran CAPITAL  A tu , sebenarnya untuk my crush laa, Memang tak wajar laa kalau saya bagitau nama sebenar dia kat sini , nanti bikin malu saya je sebab syok sendiri . HAHAHA :3 Okay , ceritanya macam ni , masa tu saya masih form 3 kalau tak silap laa . Setiap kali pulang dari sekolah saya selalu naik bas stesen a.k.a bas tambang (ore kelate panggil) , so nak dipendekkan cerita ada satu hari tu crush saya balik dengan bas tu jugak . Bas yang sama saya naik pulak tuu . hehe . Pada masa tu saya tak kenal pun dia , tapi kawan-kawan termasuk kembar saya tu kenal dia sebab capital A ni turun dulu sbelum kawan-kawan saya . Pernah beberapa kali jugak laa kawan-kawan saya ni ternampak dia dan naik bas sekali dengan dia . Haa , nak dijadikan cerita , kawan saya ni pernah la kot nak usha dia . Eh eh , bukan usha mengorat kay tapi macam ada perasaan minat gituu . So , waktu tu saya agak kebudakkan budakkan dan saya rasa saya tak mahu ketinggalan , saya pun rasa saya macam nak minat dia jugak . Hm pelik kan tapi ituu laa saya  >.< Hahaha. Alaa , zaman budak-budak dulu bila jumpa laki sikit mesti cakap macam ni ‘ Eh , ni pakwe aku ni”. Macam tuu laa saya dgn kawan saya dulu . Saya dan kawan saya duk main berebut ‘si dia’ ni . Masing-masing tak nak mengalah termasuk saya laa . Tapi masa tu kitorang gurau-gurau je dan saya takde perasaan lagi pun kat dia . Padahal si ‘dia’ ni tak tahu apa-apa pun pasal kitorang . *tak kisah pun* wahaha
   Sampai laa pada satu tahap tu , (masa form4) saya dapat tahu yang kawan saya ni main text dengan dia . Saya tak jeles kay , tapi saya rasa saya tak nak ketinggalan so saya pun curi-curi ambil nombor tu daripada telefon dia . Zaman budak-budak kan. HAHA *jujur kay jujur* So , saya pun start laa main text dengan dia . Tapi saya dapat rasakan kawan saya tu lagi rapat dengan dia , timbul laa sikit rasa jeles tuu tapi tak kisah laa . Kitorang text sampai laa satu tahap tuu berlaku peristiwa yang memalukan ke atas diri saya. Jangan fikir benda yang pelik pelik kayy -_- Sebenarnya rupa-rupanya orang yang saya text tuu bukan crush saya :’( Sumpahh , memang tertekan gila saya masa tu . Bukan sebab tak dapat text dgn crush  saya yang sebenar tetapi saya rasa diperbodohkan . Memang terasa diri saya terlalu bodoh masa tu sampai saya boleh tertipu . First time saya kena tipu macam tuu sampai saya boleh menangis tahu tak -___- *bukan menangis sangat pun , keluar air mata je* Si mamat tuu pulak boleh je dia mengaku nama dia tu si capital A . Kalau jumpa mamat tu rasa nak tampar je . Huh !! Tapi sampai sekarang saya masih tak jumpa dengan si penipu tuu . Haaa , macam mana saya boleh tahu yang dia bukan si capital A ? Sebab si capital A yang asli hantar text dekat saya mengatakan yang ada orang menyamar jadi dia . Memang terkejut giler kot masa tuu padahal masa tu saya agak rapat laa dgn si penipu tu . Kesian kan , saya diperbodohkan L Salah saya jugak sebab terlalu percaya dengan kata-kata lelaki . Saya pun tak faham kenapa saya senang betul percaya cakap orang. Bahaya laa kalau macam ni -,- okay continue . Lepas terima berita mengejutkan , saya tak reply lagi mesej crush saya tu sebab otak saya masa tu kosong gila . Malam tu jugak saya hantar text dkat si penipu tu dan marah-marah dia. Semestinya saya tanya dia , kenapa buat saya macam ni . Kalau tak silap saya , dia cakap ‘si capital A suruh dia buat macam tu sebab si capital A ni malas nak layan orang yang dia tak kenal . Okay kalau tak nak layan pun , tak perlu laa nak suruh orang buat macam tu kan . Sakit giler kot hati masa tu . Secara automatik pula saya rasa marah dan kecewa dengan si capital A . Mungkin sebab saya memang dah ada perasaan kot dengan capital A. Hmmm :’(

   Ada pula satu malam tuu , kawan baik capital A *nama dirahsiakan* hantar text dekat saya . Dia dapat nombor saya pun daripada si penipu tu . Dan dia bertanya saya pasal kes tuu , rupa-rupanya si penipu tuu buat kecoh dengan menceritakan peristiwa tu dekat kawan-kawan dia sambil tergelak-gelak . Dia rasa bangga kot dapat mempermalukan perempuan macam saya ni . Sumpah , saya rasa nak terajang je mamat tuu . Ishh :3 Si kawan baik capital A ni rasa kesian kot dengan saya , so dia nak bagi nombor kawan baik dia tu dekat saya . Tapi tak perlu dah kan, sebab capital A tu dah text saya dulu kan . Saya ada juga bertanya betul ke si penipu tu cakap yang capital A yang suruh dia buat macam tu . Tapi dengan sungguh-sungguh kawan baik capital A ni menafikan . Entah laa , dah rasa bengong je masa tu . Tak tahu dah nak percayakan siapa . Bila saya fikirkan balik , mesti capital A tu tahu jugak pasal peristiwa tu . Tudiaa , hal tuu laa yang buat saya rasa nak koma je slama 40 hari. Mana tak nya , mesti dia dah tahu yang saya sukakan dia . Mungkin juga dia berfikir yang saya ni jenis tak tahu malu atau gedik sebab suka kan dia :3 Maluuu beb !

   Kerana terlalu sakit hati sebab kena tipu , saya pun meluahkan cerita ni dekat kawan-kawan saya . Memang maluu nak cerita tapi sabar je laa . Janji ada yang kawan yang boleh tenangkan hati kita . Sebenarnya  takde laa maluu sangat kes tu tapi rasa nak balas dendam tu mcam timbul je dalam hati . HAHAHA *evil laugh* Tapi difikirkan balik , macam buang masa je layan mamat tu . So saya ambil keputusan buat tak tahu je dan reda je dgan apa yang dia lakukan pada saya . Lagipun berdendam kan tak baik -,- Sejak hari tu saya jadi berhati-hati dengan namanya LELAKI :)


   Haa , nak dipendekkan lagi cerita walaupun dah terlalu panjang , sampai ke hari ni saya masih text dgn crush saya . Maksud saya dgn si capital A tuu okay , bukan si mamat palsu tuu .Haha . Rasa seronok pulak main text dgan dia sebab style dia bermesej macam kehendak hati saya , tak macam dengan boyfriend saya dulu main mesej macam takde modal je -_- Lagipun saya dan crush saya tu macam banyak chemistry je . *ada jodoh kot* Hahahahaha

   Memang saya mengaku saya sukakan dia . Crush saya ni biasa-biasa je orangnya tapi ada sesuatu dalam dirinya yang boleh membuatkan saya tertarik dengan dia . Saya suka tengok dia pakai jubah sekolah , nampak comel je :* hehe . Tapi paling saya suka badan dia , nampak tough je . *pujian ikhlas* Wahh , mantap kan ? Tapi yang pasti bila nampak dia , saya rasa berdebar-debar je dan automatik ‘level malu’ saya duduk di peringkat yang paling tinggi . Ishh , kenapa ni ? -,-

   Dan sekarang ni (tahun 2013) saya masih lagi kekal text dgn dia . Nak dikatakan sampai tiap-tiap malam dia hantar text dkat saya . Rindu saya kot . *perasan sendiri tak salah kan* . hehe . Dengan kawan baik dia pun , sekarang dah jadi kawan rapat saya . Haa , semua itu takdir ALLAH yang merancang , siapa tahu kan ? Dalam kategori sekarang, ibarat saya dengan crush saya tu “Kawan tapi mesra” . hihi . Sekarang ni pun saya berani je main gurau-gurau dengan dia pasal cinta la, pasal perasaan laa , tapi takde lagi laa saya cakap dengan dia saya sukakan dia . Walaupun saya bukan jenis pemalu tapi had malu tuu masih ada lagi dalam diri saya , apatah lagi dengan crush . Lagipun saya tak tahu apa perasaan dia dekat saya :(
 Tak kisah laa , sebab saya tahu siapa saya nak dibandingkan dengan dia . Hmm :( Okay , saya memang sayangkan crush saya tu tapi saya tak meletakkan sebarang harapan pun dengan dia . Sebagai tanda berwaspada juga jika cinta ditolak . So takde laa nanti rasa kecewa sangat kan ?. Cewahh *ayat takleh blahh * haha Apa yang saya boleh kata , saya sentiasa doakan dia moga bahagia dengan orang tersayang andai kata kami memang tak berjodoh . Sebab saya sentiasa berpegang pada prinsip saya “KALAU ADA JODOH , WALAU BERIBU HALANGAN , TETAP AKAN BERSAMA JUA :’)” Orang yang bercinta 20000 tahun pun , belum tentu kekal sampai akhir hayat kan ? Sebab kalau Allah tak izinkan adanya jodoh diantara mereka , memang tak akan menjadi jugak pun kan ? Jadi saya berserah dan tawakal je sekarang ni. hehe . Dan last sekali , semoga awak berjaya dalam exam SPM .I wishh Good Luck for youu , my crush :)

   Wahh , pendek giler kot my story -,- Tu baru cerita pasal crush , belum cerita pasal benda lain . Haha . Tak kisah laa , janji saya rasa lega sebab sekurang-kurangnya saya tak pendam dalam hati . Kesimpulannya kat sini , saya nak nasihatkan bagi perempuan yang dah kapel tu (termasuk kawan-kawan saya sekalian) , berhati-hati laa dengan namanya Lelaki . Bukan apa , supaya tidak tertipu macam saya . Dan jangan terlalu meletakkan kepercayaan 100% pada pasangan korang tu . Saya bukan nak menghasut tapi nak memberi nasihat . *bajet matang je aku ni * okay , bubye you alls :)
 That’s all . Assalamualaikum .


*Letih jugok kecek luar nih* Fuhh -,-



CAPITAL A

  Hanya kerana kita tak couple , tak bermakna saya takde hati dekat awak ;')





Anything dear? Syukran ♥

APA ITU CINTA ?


   Holla Molla :) hihi . I'm stay back . Okay , for this time saya nak cakap sikit pasal CINTA . Haaa , tak payah cakap laa , saya dah boleh tahu ramai yang dah berpasangan sekarang kan ? Pasangan di sini bukan maksudnya kahwin tau tapi kapel . Wahh , untunglaa korang dah berpunya . Saya jugak yang masih single mingle lagi ni >.< Haha . Tapi sekarang tak hairan laa kalau ramai yang dah berpunya , dunia dah maju beb ! Sekarang kapel melalui facebook dan twitter je kan ?  Tambah satu lagi , Wechat . amboii , maju ye . Saya dulu-dulu kapel main hantar surat-surat sambil kenyit-kenyit mata je . hihi *bohong sunat* Sekarang pun , dalam facebook kuat bebenor ye orang main fake relay . Aduuhh , abangII dan kakakII , kenapa tak buat real relay terus ? Haishh , tak faham betol laa --' Tapi apa pun , itu semua korang punya pasal laa . Tak nak ikut campur , nanti tak pasal-pasal kena bash . Korang bukan tak tahu , bila silap sikit terus je kena bash . Apa , tak boleh bawak berbincang ke? Haaa , sudah . tu semua tak penting . Sebenarnya saya menyentuh isu cinta ni sebab saya nak kongsi sikit pengalaman saya semasa berkapel dulu . Oitt , saya pun pernah jugak kapel tau . Err , two times mybe . hehehe *maluu*


   Ehem ehem , dulu saya pernah kapel dengan si A ni . Maaf , nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu . Dia ni agak dikenali orang laa , so saya tak nak sape-sape tahu . okay , sambung ! Hmm , masa tuu saya form2 mybe . Awal tahun kalau tak silap . sorry tak ingat sangat. hehe . Si A ni pulak tua setahun je daripada saya . Macam mana kitorang kenal ? Emm apa lagi ? Facebook laa jawabnya . Haa , tengok ? kuasa facebook jugak yang menjadi puncanya kan ? Ishhh2 *jgn contohi sikap negatif ini* Kitorang tak pernah pun date macam korang-korang semua sebab dia stay hostel dan susah nak jumpa . kami berhubung melalui telefon je . Dia yang selalu rajin call n text saya . Saya tak pun . hihi . Btw , dulu saya tak berapa paham sangat pasal cinta-cinta ni . Kata senang , agak jahil laa . Saya boleh kapel dengan dia pun sebab dia yang ajak . Saya masa tuu agak lurus , so saya terima je laa . Masa tu seronok laa jugak sebab saya rasa ada kapel . Tapi sayang keseronokan itu hanya sementara je sebab 3 minggu lepas tu dia mintak clash . Saya ingat lagi time tuu saya ada tamrin dekat sekolah dan tengah happening  dgn kawan-kawan tiba-tiba dapat text daripada dia nak mintak clash . Saya tak tanya pun apa sebabnya , dan saya terus jawab 'okay' . Saya bukan jenis yang suka merayu-rayu , so saya terima je lah keputusan dia . Lagipun saya tak pasti sangat apa perasaan saya sebenarnya pada dia . Sedih ? Ada laa sikit tapi lepas tu tak pun . saya boleh je sambung bergembira dengan kawan saya . huhu . Kat sekolah pulak , saya ada dengar pasal ni daripada kwn saya  . Hm , kalau korang nak tahu , Si A ni pernah ajak kawan saya kapel . Dan dia pun pernah minat dekat sorang budak ni . Tambahan pula , saya pernah stalk fb dia dulu , dan nampak dia buat relay dengan sorang girl ni . Haaa , nampak tak permainan dia ? okayy , baru saya paham dia ni rupanya playboy . Tak ku sangka ! Agak terkilan laa , sebab pernah dipermainkan . Tapi takpe , saya anggap iainya suatu pengajaran bagi diri saya :)


   Ituu cerita masa saya zaman muda-muda dulu . Sekarang ni saya dah 17 tahun tau . Walaupun nampak kebudak-budakkan tapi saya dah matured laa dalam hal-hal ni . hehehe.  Haa , kalau korang nak tahu , ada satu hari tuu si A ni hantar chat dekat saya . Dia tegur dan bertanya khabar . Aihh , takkan saya tak layan . Nanti dikata sombong pulak -,- Lagipun saya tak minat nak bermusuh dengan orang ni . Bagi saya yang lepas tu lepas laa kan ? Betol tak ? So , sy reply laa chat dia tuu . Agak banyak kali jugak laa dia hantar chat sampai laa satu kali tuu dia mintak no fon saya . Pelik jugak . Tapi mungkin dia lost my number kot . Saya bagi je laa >,<" Kemudian hari demi hari , saya pelik jugak dengan mamat ni . Rajin bebenor hantar text . Hah , apa korang pikir ? Alaaa , saya tak layan punn .Ntahh laa kenapa , tapi saya tak berminat nak membalasnya . Calling drpd dia pun saya tak answer . Kat luar , kitorang dah pernah berjumpa . Tu pun secara tak sengaja . Hm takde kesan pun untuk diri saya sebab saya takde sebarang perasaan dah dekat dia . Sekarang ni saya anggap dia macam kawan saya je . Ituu yang saya rasa :)


   Okayy , ituu baru cerita Ex saya yang pertama . Amzar ni ex kedua saya . Masa tu saya umur 16 dan dia 19 .Betapa jaraknya usia kami masa tu . kui3 . Hmm , yang ni okay sikit sebab kitorang kapel bukan melalui facebook tapi telefon . Hahahaha . Hubungan kami bertahan sampai 3 bulan saja . First-first , cite dia macam ni . Nombor Amzar ni saya dapat daripada kawan saya . Dia yang bagi . So kami kenal-kenal laa melalui mesej sampai laa kitorang kapel sebab dia yang ajak . hihi . See ? saya tak pernah pun memain peranan nak mengorat lelaki . Hihi :3 Hubungan kami agak rapat laa , sebab dengan dia ni kitorang pernah date . Auww , sweet gak mamat ni sebenarnya . Masa tuu saya agak serius laa sebab saya sayangkan dia . Dan dia pun sayangkan saya . wahaha . Amzar ni suka sangat text dan calling saya tak kira masa sampaikan saya naik bosan . Hm mesti korang pelik kan ? Yelaa , normal nya girl mesti akan suka sbb boy ni sering text dan call dia tapi tak bagi saya . Saya tak minat sangat orang hantar mesej dekat saya pada waktu-waktu pagi , tengahari dan petang . Sebab bagi saya waktu tu adalah waktu saya lakukan kerja saya . Dan saya sememangnya bukan kaki mesej dan kaki otp . Pelik ke ? Tak pun sebab itu laa diri saya yang sebenarnya . Haa , sebab kes ni jugak laa kitorang bergaduh . Tapi lepas tu kitorang back together pulak . hehe . Macam mana kitorang clash , sebenarnya saya yang mintak . Semasa kapel dengan dia , saya banyak berbohong dengan dia . Atas alasan apa ? *maaf itu rahsia* So untuk tidak sakitkan hati dia , saya mintak clash . Dan kami sama-sama setuju . Tapi kemudian lepas tu dia mintak sambung balik , tapi saya dan nekad dengan keputusan saya . Kitorang juga dah banyak kali bergaduh dan saya merasakan saya tiada persefahaman dengan dia . Jadi hubungan kami sudah berakhir . Lepas kami break , dia rajin jugak hantar  text dekat saya tapi saya jarang membalasnya . Sebab saya tak nak dah bagi harapan dekat dia . Sedangkan perasaan saya dengan dia dah tawar . So saya tak nak mempermainkan perasaan dia jadi , saya biarkan iainya berlalu dengan begitu saja :)


   Err , begitulahh cerita pasal my ex . Hm tak menarik kan ? Memangg pun >,< Haha . Korang tahu tak , sekarang ni perasaan saya dekat dua-dua my ex tu dah kosong ibarat macam lagu najwa latiff tu laa ''kosong kosong oo oo '' Sejujurnya saya dah lupakan my ex . Yang lepas tuu saya jadikan kenangan dan saya tetap anggap mereka sebagai kawan saya :D So betul laa , cinta saya dulu cinta monyet sebab saya tak pernah rasa menyesal pun clash dengan diorang tapi saya berterima kasih jugak dekat diorang sebab lepas tu baru saya tahu APA ITU CINTA sebenarnya :) Sekarang ada juga yang ajak saya kapel tapi maaf , fikiran saya dah terbuka . Saya tidak akan layan semua tu lagi sebab bagi saya Allah dah tetapkan siapa jodoh saya sebenarnya . Dan saya bahagia dengan kehidupan single saya ni . Doa saya , biarlah hati saya itu Allah tetapkan hanya untuk suami saya kelak sahaja . Aminnnn.......      

~ THE END ~


TYRAH


Jodoh tu rahsia Allah. Dalam jutaan pilihan, Allah dorongkan kita kepadanya dan Allah dorongkan dia kepada kita. Cantik perancangan Allah :')♥



Anything dear? Syukran ♥

Sunday 2 June 2013

True Friends Neversay Goodbye :)

Hai there ! Okayy , hari ni nak spend time sikit nak citer psal member-member saya . Smua org ada kawan kan? Yelaaa , sbb saya percaya kita tak boleh hidup tanpa kawan . Kalau kita perasan , kawan yang baik akan selalu tolong kita kan ? Like my friends . Diorang banyak tolong saya dan saya sgt rasa bertuah :) Hm tapi saya tahu , sesetengah tu ada juga kawan yang suka tikam belakang kita kan :/ Takpe , selagi kita boleh bimbing dia , kita lakukan. Tapi kalau dia tu dah mencabar kesabaran kita , tinggalkan je dia untuk memiliki kawan yang lebih baik. Percayalah, tak rugi pun :D


       Sebenarnya saya ni seorang yang friendly . Kata senang saya ni peramah laa . Heee . Lagipun sy ni jenis gila-gila, so boleh ngam laa dgn kawan-kawan saya yang happy-go-lucky  tuu :) So tak hairan laa kalau saya ada ramai kawan . Tapi seramai mana pun kwn-kwn saya tetap tak sama dgn my beloved bestfriends . Saya syg diorang lebih tau *muahhh setepek* Hehe. okay, sy nak mention nama diorang tanda saya hargai kehadiran diorang dalam hidup saya . Mereka antaranya , Wafa' , Wardah , Tikah , Wani , Ain , dan Mierah . Haaa , kitorang saling menghargai friendship ini , dan sebab tu kitorang bagi nama geng UNTILEVER . Doa saya semoga persahabatan ini sentiasa utuh  . Aminnn ..... Luv them damn much :*


So , untuk merancakkan lagi citer ni , apa kata saya describe pasal diorang satu persatu. okay kan ?



First wafa' a.k.a Nur Surayya Wafa' . Kitorang panggil dia mek pa' je . She's very pretty dan agak ramai peminat . Tapi jagan cuba -cuba nak kacau tau , budak ni dah berpunya . Boyfriend dia pun boleh tahan handsome . hihi . Dan diorang berdua saling sayang menyayangi . Alaa , orang bercinta biasa laa tu . Semuanya indah di mata :) Hope kekal wafiq .hehe . Dia juga merupakan kawan yang paling akrab dgn saya . Dan kami sering berkongsi cerita bersama walaupun cikgu tgh mengajar . haha . Sweet kan ? Lol -,-' Dia ni kadang-kadang nakal gak , perangai macam budak-budak dan manja orangnya . Kalau korang kenal dia , mesti korang rasa nak gelak je bila dgar cerita dia :p Lawak beb !




Next person , wardah a.k.a Nik Wardah Sofiah . Budak ni kiut orangnya , sekiut namanya :). Alahai , tersenyum pulak saya bila teringatkan dia . Macam mana tak , dia ni halus orangnya . Suara pun , mak aihh , macam bercakap sorang-sorang . Lembut dan perlahan je -,- *maaf wardah* hehe . Tapi saya suka berkawan dgn dia . Dia agak islamik sikit orangnya ,  sebab tu dgn dia sorang je saya guna bahasa ' saya awak' . Terasa janggal nak cakap guna 'kau aku' . Saya akan nampak kurang ajar kalau saya ckap macam tu dgn dia . dan yang penting dia pndai dalam bahasa inggeris . Waaaa , jeless :( Haa , jangan sangka dia yang lembut ni tak ada perasaan suka dekat lelaki . Actually sekarang ni dia tgah konfius sama ada dia suka kan Si A atau Si B . Macam mana pun , saya harap awak buat pilhan yang terbaik Cik Dahh . I'm support you :D

Seterusnya tikahh a.k.a Siti Nurul Atikah . Haa , kalau korang nak tahu budak awesome ni bercita-cita nak jadi pramugari . Sebab tuu tubuh badan dia langsing je >.< Harap-harap tercapai laa cita-cita kau tu kawan , sebab pakej kau dah lengkap :D hihi .Dalam pelajaran , dia ni bijak orangnya . Makk aih , jeless again -,- Status ? Hmm sebenarnya aku pun tgh konfius yang dia ni masih single or dah taken . Kejap kata dah putus , kejap kata dah kapel . Adoii , pening . Orang femes macam dia ni , mestilaa banyak peminat . Peminat dia pulak high class you know . Nak tanya lebih-lebih takut dimarah . Dia ni boleh tahan gak , nak simpan rahsia . Apa pun , aku harap kau tak salah buat pilihan . Fikir dulu , sebelum bertindak ye kawan . Aku taknak kau mnyesal je :D Aku sayang kau tau :*





Next wani a.k.a Nurul Hazwani Athirah . Haa , budak comel ni genius orangnya . Apatah lagi dalam subjek addmath . Dan aku juga mintak dia tolong jadi guru addmath untuk kami semua . Haha . Tabik spring laa dekat kau wani  :D Haa , bila dia bercakap je , aku suka betol tengok dekat dua tahi lalat kecil atas bibir dia .comel giler kot . heee . Hmm budak ni , status dia pun aku kurang tahu sgt . Perahsia gak orangnya , macam geng kacik dia si tikahh tu laa -,- Aihh , story laa dgn aku . huhu .

*Gambar tidak dapat disiarkan*
Dan Ain a.k.a Nur Ain . Ishhh , budak ni lawa giler kot . Maklum laa , mak dia muallaf . Dia ni dari keturunan cina . Haa , sape yang nak try tackle dia boleh laa sebab dia baru je clash dgn bf dia . Kesian dia , padahal hubungan mereka dah smpai 3 tahun . Tapi aku sure , ex dia masih sayangkan dia sperti dia sayangkan ex dia :) Aku harap hubungan korang boleh diteruskan . Dan satu lagi , dia suka kalau ada orang minat dekat dia , entahlaa kenapa . dia rasa diri dia akan dihargai kot :) Ain ni lawak orangnya . Suka betul buat lawak . Aku kalau dah duduk dekat dgn dia , mmg asyik gelak je laa . Budak ni pun bukan pemalu orangnya , jadi sebab tuu aku suka kawan dgn dia :D *sayang kau Ain*

*Gambar tidak dapat disiarkan*
Akhir sekali mierah a.k.a Nurul Amirah . Dia ni manis orangnya apatah lagi bila dia senyum . Kalau bab bercakap dia laa petah sekali . Kitorang suka betul dgar citer dia dgn abang dia . Mesra sgt . Kadang-kadang timbul gak rasa jeles , sbb aku dgn my abang tak macam tuu :/ Haa , mirah ni suka bagi nasihat dkat orang dan kalau persahabatan kami ada masalah , dia laa yang selalu menenangkan keadaan . Penyabar orangnya kan ? Pasal status , dia single lagi . Tapiiii bila aku mendengar cerita dia dgn si capital H dia ni , nampaknya laki tuu sukakan mirah . Tapi mirah tak fikir pasal tu lagi . Oitt , mirah tunggu apa lagi . Si lelaki tuu pun dah kenal baik dgn mak mirah kan ? bikin keputusan laa beb ! hihi . Tapi apapun pelajaran diutamakan dulu kay :D

  
        Okayy , that's all about my memberss . Actually , nak taip panjang lagi tapi tak larat nak taip. hoho xD Persahabatan kami mmg rapat , sampaikan org lain naik jeles pun ada . Tapi tak kisah laa , kami tak kacau hal korang pun . Serapat-rapat mana pun friendship kami , akan terselit juga dgn emosi dan perbalahan kecil . Tapi in shaa Allah kami pandai memainkan peranan masing-masing . Lagipun adat laa kan ? kalau berkawan tapi tak pernah bergaduh tu bukan kawan baik namanya :) btw sorry , picture ain dan mirah tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab tertentu . Tapi takyah risau , my friends cantik-cantik semuanya :* Sekali lagi saya nak cakap , saya SAYANGKAN persahabatan ini dan berharap tidak akan berpecah . True Friends Neversay Gudbye :) *Luv you girls* Assalamualaikum .



                                 In Shaa Allah , persahabatan kami akan kekal . Sayangg korang :*


Anything dear? Syukran ♥

DUNIA WARRIOR’s


    Assalamualaikum :) Hari ni rasanya nak singgah kejap kat sini nak cakap pasal dunia bola laa . Almaklum laa sekarang ni semuanya kena demam bola kan ?  Hmm , seperti yang sedia maklum , bola ni memang jadi ‘kegilaan’ bagi setiap lelaki pun . Tapi saya hairan jugak boleh pulak ada sesetengah lelaki tu tak minat bola . Ishh , pelik laa -,- Tak normal ke apa ? hehe >.< Tapi bagi saya lelaki yang minat bola ni macho laa . Apatah lagi kalau si lelaki ni pernah main futsal . Fuhh . Mantap bro ! Haha . *lari topik* Tapi fanatik lelaki dengan bola ni memang tahap yang paling tinggi la saya boleh katakan . Buktinya, sampai kan lelaki yang kapel pun tak pedulikan girlfriend dia disebabkan bola . Kesian awek tuu kan. haha . Tu laa siapa suruh kapel dengan kaki bola ? hihi . Err , sebenarnya saya ni pun fanatik jugak dengan bola . Tapi sebelum tuu saya nak tanya , salah ke kalau orang perempuan minat bola ? -____ -’ Takkk kan ? Tapi ada jugak sesetengah makhluk tuu asyik fikir negatif je pasal kami (perempuan) minat bola . Ada ke patut diorang fikir kami minat bola sebab nak tengok player ? Eh betulkan kan sikit tanggapan korang tuu kay . Kami minat bola sebab semangat bola tuu ada dalam diri kami bukan sebab lain . Ke’henseman’ player tuu satu objektif je :3 Tapi saya tak nafikan ada jugak perempuan nak tengok bola sebab player handsome . Hmm , ntah apa-apa laa , Tapi not to me ! hmm -,-

    Haa , team favourite saya ? Semestinya KELATE .*GOMO KELATE GOMO* heee xD
 So ari ni sayo nok kecek klate laa dalei nih . Hok pehei tuu pehei laa , hok dok tuu duk senyak2 laa deh :p *sebenarnya saya rindu nak cakap Kelantan* Okay , sebenarnya dulu sayo tok minat sangat dengan bola tapi perkembangan  bola sayo sntiaso ambik tahu sokmo maso tuu . Sayo betul-betul minat bola ni tahun 2010 . Maso tuu tok hau laa bakpo semangat bola tuu ado dalei diri sayo . Malah , sayo tamboh minat maso namo kelate semakin tersohor pada tahun 2011 .  Sampai laa tahun 2012 sep kito mencapai juara treble . Fuh , tobakk eh maso tuu banggo gilo sayo jati anok jati kelate . Semangat kerjasama pemain dalei permainan sapa ko buleh buat saya terharu tahu dok . Syukur Alhamdulillah , tahun lepas kita mencapai kemenangan yang memang membanggakan nama Kelantan :)


Our Kapten

    Sebut pasal player pulak , pmain hok paling sayo minat sekali ialah Badhri Radzi . Atau lebih dikenali sebagai Piya a.k.a Kapten marble kito sejak tahun 2011 J Kalu tengok molek, piya ni comel kan ? hihi . Dalam banyok2 pemain , piya memeii hok buat sayo banggo sekali dengan dia . Sebab apo ? Kalu kito perase setiap kali ado pergaduhan dalei game , dio laa hok sokmo relax dan menenangkan keaadaan . Dia pun tok cepat melatah kalu jadi gapo-gapo . Sekarang ni tahun 2013 , Piya ni terkenal dengan sepakan sudut ‘iswinger’ dio tuu . Fuhh , memeii hebat laa . Kawe banggo nge demo Piya :D Harap-harap terus kekal dengan pasukan Kelantan . Hmm , selain tuu sayo minat gok Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek . Apek ni memeii rama laa ore hok minat dio termasuk saya , maklum laa ore semak kea . Haha . Tapi bena hok sayo nok oyaknyo , sayo banggo dengan Apek sebab dio banyok tolong tema kito . Keeper No 1 kebangsaan kea tu , sohor laa mugo jadi keeper kito . Doakan Apek gud luck dan smoga bhgia dgn isteri tercinta :) * jangan banyak bolos gol*





Apek dan Leuniey
OUR KEEPER
    

   









    Err , kalu nok cito sow-sow pasal player kelate , memei tok tido laa sayo maleni -,- Apa yang saya tahu setiap player Kelantan ada kelebihan masing-masing . Walaupun begituu , tahun ni agak mengecewakan kita kerana harapan kita untuk menjuarai Liga Super berada pada tahap yang rendah . Salah siapa semua ni ? Adakah salah boyan yang tidak pandai mengatur strategi ? Atau salah pemain yang tiada kerjasama ? Atau kerana kita tidak mempunyai striker yang mantap ? Atau kerana Matyo dan Awe yang meninggalkan team Kelantan ? Hmm tak kisah laa salah siapa , yang penting sokongan penyokong Kelantan masih utuh . Dan semoga player kita terus meningkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi :3 Kalah dan menang memang adat dalam suatu permainan kan ?  Biar kita kalah dengan bermaruah bukan dengan rasuah :’)


    Saya sebenarnya bangga dengan penyokong team kita . Memang tak boleh dinafikan , penyokong kita sentiasa membawa kebangkitan semangat untuk player dengan bersorak dan melaungkan trademark-trademark Kelantan . Kadang-kadang saya sendiri meremang bulu roma tengok stadium Muhammad ke-IV dipenuhi dengan lautan MERAH . Mantapp beb !! Minat minat saya dengan bola pun , tak pernah lagi tengok secara live dekat stadium . My parents tak kasi . Maybe takut anak dia hilang diculik kot -__- HAHA . Sebenarnya , tengok dalam tv pun dah cukup bagi saya asalkan dapat tengok team kesayangan kita bermain :”) Ayuhh Kelateku Ayuhh , mari pakat-pakat kito penuh stadium bukit Jalil lakoe pada tarikh 29 Jun 2013 sempena final PIALA FA biar takutt guu lawe nati :) 


THE RED WARRIORS

P/s : Suka betul tengok penyokong GKG berkonvoi ramai-ramai menuju ke stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan seperti yang terjadi tahun 2012 . Harap-harap tahun ni lebih ramai xD hehe



Anything dear? Syukran ♥