Monday 3 June 2013

APA ITU CINTA ?


   Holla Molla :) hihi . I'm stay back . Okay , for this time saya nak cakap sikit pasal CINTA . Haaa , tak payah cakap laa , saya dah boleh tahu ramai yang dah berpasangan sekarang kan ? Pasangan di sini bukan maksudnya kahwin tau tapi kapel . Wahh , untunglaa korang dah berpunya . Saya jugak yang masih single mingle lagi ni >.< Haha . Tapi sekarang tak hairan laa kalau ramai yang dah berpunya , dunia dah maju beb ! Sekarang kapel melalui facebook dan twitter je kan ?  Tambah satu lagi , Wechat . amboii , maju ye . Saya dulu-dulu kapel main hantar surat-surat sambil kenyit-kenyit mata je . hihi *bohong sunat* Sekarang pun , dalam facebook kuat bebenor ye orang main fake relay . Aduuhh , abangII dan kakakII , kenapa tak buat real relay terus ? Haishh , tak faham betol laa --' Tapi apa pun , itu semua korang punya pasal laa . Tak nak ikut campur , nanti tak pasal-pasal kena bash . Korang bukan tak tahu , bila silap sikit terus je kena bash . Apa , tak boleh bawak berbincang ke? Haaa , sudah . tu semua tak penting . Sebenarnya saya menyentuh isu cinta ni sebab saya nak kongsi sikit pengalaman saya semasa berkapel dulu . Oitt , saya pun pernah jugak kapel tau . Err , two times mybe . hehehe *maluu*


   Ehem ehem , dulu saya pernah kapel dengan si A ni . Maaf , nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu . Dia ni agak dikenali orang laa , so saya tak nak sape-sape tahu . okay , sambung ! Hmm , masa tuu saya form2 mybe . Awal tahun kalau tak silap . sorry tak ingat sangat. hehe . Si A ni pulak tua setahun je daripada saya . Macam mana kitorang kenal ? Emm apa lagi ? Facebook laa jawabnya . Haa , tengok ? kuasa facebook jugak yang menjadi puncanya kan ? Ishhh2 *jgn contohi sikap negatif ini* Kitorang tak pernah pun date macam korang-korang semua sebab dia stay hostel dan susah nak jumpa . kami berhubung melalui telefon je . Dia yang selalu rajin call n text saya . Saya tak pun . hihi . Btw , dulu saya tak berapa paham sangat pasal cinta-cinta ni . Kata senang , agak jahil laa . Saya boleh kapel dengan dia pun sebab dia yang ajak . Saya masa tuu agak lurus , so saya terima je laa . Masa tu seronok laa jugak sebab saya rasa ada kapel . Tapi sayang keseronokan itu hanya sementara je sebab 3 minggu lepas tu dia mintak clash . Saya ingat lagi time tuu saya ada tamrin dekat sekolah dan tengah happening  dgn kawan-kawan tiba-tiba dapat text daripada dia nak mintak clash . Saya tak tanya pun apa sebabnya , dan saya terus jawab 'okay' . Saya bukan jenis yang suka merayu-rayu , so saya terima je lah keputusan dia . Lagipun saya tak pasti sangat apa perasaan saya sebenarnya pada dia . Sedih ? Ada laa sikit tapi lepas tu tak pun . saya boleh je sambung bergembira dengan kawan saya . huhu . Kat sekolah pulak , saya ada dengar pasal ni daripada kwn saya  . Hm , kalau korang nak tahu , Si A ni pernah ajak kawan saya kapel . Dan dia pun pernah minat dekat sorang budak ni . Tambahan pula , saya pernah stalk fb dia dulu , dan nampak dia buat relay dengan sorang girl ni . Haaa , nampak tak permainan dia ? okayy , baru saya paham dia ni rupanya playboy . Tak ku sangka ! Agak terkilan laa , sebab pernah dipermainkan . Tapi takpe , saya anggap iainya suatu pengajaran bagi diri saya :)


   Ituu cerita masa saya zaman muda-muda dulu . Sekarang ni saya dah 17 tahun tau . Walaupun nampak kebudak-budakkan tapi saya dah matured laa dalam hal-hal ni . hehehe.  Haa , kalau korang nak tahu , ada satu hari tuu si A ni hantar chat dekat saya . Dia tegur dan bertanya khabar . Aihh , takkan saya tak layan . Nanti dikata sombong pulak -,- Lagipun saya tak minat nak bermusuh dengan orang ni . Bagi saya yang lepas tu lepas laa kan ? Betol tak ? So , sy reply laa chat dia tuu . Agak banyak kali jugak laa dia hantar chat sampai laa satu kali tuu dia mintak no fon saya . Pelik jugak . Tapi mungkin dia lost my number kot . Saya bagi je laa >,<" Kemudian hari demi hari , saya pelik jugak dengan mamat ni . Rajin bebenor hantar text . Hah , apa korang pikir ? Alaaa , saya tak layan punn .Ntahh laa kenapa , tapi saya tak berminat nak membalasnya . Calling drpd dia pun saya tak answer . Kat luar , kitorang dah pernah berjumpa . Tu pun secara tak sengaja . Hm takde kesan pun untuk diri saya sebab saya takde sebarang perasaan dah dekat dia . Sekarang ni saya anggap dia macam kawan saya je . Ituu yang saya rasa :)


   Okayy , ituu baru cerita Ex saya yang pertama . Amzar ni ex kedua saya . Masa tu saya umur 16 dan dia 19 .Betapa jaraknya usia kami masa tu . kui3 . Hmm , yang ni okay sikit sebab kitorang kapel bukan melalui facebook tapi telefon . Hahahaha . Hubungan kami bertahan sampai 3 bulan saja . First-first , cite dia macam ni . Nombor Amzar ni saya dapat daripada kawan saya . Dia yang bagi . So kami kenal-kenal laa melalui mesej sampai laa kitorang kapel sebab dia yang ajak . hihi . See ? saya tak pernah pun memain peranan nak mengorat lelaki . Hihi :3 Hubungan kami agak rapat laa , sebab dengan dia ni kitorang pernah date . Auww , sweet gak mamat ni sebenarnya . Masa tuu saya agak serius laa sebab saya sayangkan dia . Dan dia pun sayangkan saya . wahaha . Amzar ni suka sangat text dan calling saya tak kira masa sampaikan saya naik bosan . Hm mesti korang pelik kan ? Yelaa , normal nya girl mesti akan suka sbb boy ni sering text dan call dia tapi tak bagi saya . Saya tak minat sangat orang hantar mesej dekat saya pada waktu-waktu pagi , tengahari dan petang . Sebab bagi saya waktu tu adalah waktu saya lakukan kerja saya . Dan saya sememangnya bukan kaki mesej dan kaki otp . Pelik ke ? Tak pun sebab itu laa diri saya yang sebenarnya . Haa , sebab kes ni jugak laa kitorang bergaduh . Tapi lepas tu kitorang back together pulak . hehe . Macam mana kitorang clash , sebenarnya saya yang mintak . Semasa kapel dengan dia , saya banyak berbohong dengan dia . Atas alasan apa ? *maaf itu rahsia* So untuk tidak sakitkan hati dia , saya mintak clash . Dan kami sama-sama setuju . Tapi kemudian lepas tu dia mintak sambung balik , tapi saya dan nekad dengan keputusan saya . Kitorang juga dah banyak kali bergaduh dan saya merasakan saya tiada persefahaman dengan dia . Jadi hubungan kami sudah berakhir . Lepas kami break , dia rajin jugak hantar  text dekat saya tapi saya jarang membalasnya . Sebab saya tak nak dah bagi harapan dekat dia . Sedangkan perasaan saya dengan dia dah tawar . So saya tak nak mempermainkan perasaan dia jadi , saya biarkan iainya berlalu dengan begitu saja :)


   Err , begitulahh cerita pasal my ex . Hm tak menarik kan ? Memangg pun >,< Haha . Korang tahu tak , sekarang ni perasaan saya dekat dua-dua my ex tu dah kosong ibarat macam lagu najwa latiff tu laa ''kosong kosong oo oo '' Sejujurnya saya dah lupakan my ex . Yang lepas tuu saya jadikan kenangan dan saya tetap anggap mereka sebagai kawan saya :D So betul laa , cinta saya dulu cinta monyet sebab saya tak pernah rasa menyesal pun clash dengan diorang tapi saya berterima kasih jugak dekat diorang sebab lepas tu baru saya tahu APA ITU CINTA sebenarnya :) Sekarang ada juga yang ajak saya kapel tapi maaf , fikiran saya dah terbuka . Saya tidak akan layan semua tu lagi sebab bagi saya Allah dah tetapkan siapa jodoh saya sebenarnya . Dan saya bahagia dengan kehidupan single saya ni . Doa saya , biarlah hati saya itu Allah tetapkan hanya untuk suami saya kelak sahaja . Aminnnn.......      

~ THE END ~


TYRAH


Jodoh tu rahsia Allah. Dalam jutaan pilihan, Allah dorongkan kita kepadanya dan Allah dorongkan dia kepada kita. Cantik perancangan Allah :')♥



Anything dear? Syukran ♥

No comments:

Post a Comment