Monday 3 June 2013

CAPITAL A ♥


  Assalamualaikum dan hai :) Hmm sebenarnya saya nak share something ni dekat sini sebab saya rasa tak tahu dah nak kongsi dgn siapa :( Yang pasti , setiap apa yang saya luahkan dalam blog ni hanya lah merupakan isi hati saya sahaja, tidak ada niat apa-apa pun. Mohon mengerti ibu ibu bapak bapak sekalian -,-

   Kali ni saya nak cerita pasal my crush . Tanpa saya jelaskan apa maksud crush pun, ramai yang dah tahu , crush tu means “orang yang kita suka/minat.” Bagi pasangan yang bercinta tu , untunglaa korang ada pasangan . Tapi saya tak menyesal pun kalau saya tak bercinta sekarang. Sebab hidup saya dah bahagia dengan adanya kawan-kawan di samping saya
J . Eh  tapi kan, walaupun saya tak bercinta saya pun ada perasaan sukakan someone juga. Ni laa dipanggil crush :* hihi . So , kat sini saya nak cerita sikit macam mana saya boleh ‘tersuka’ dekat dia. heee
   Haa , nama gelaran CAPITAL  A tu , sebenarnya untuk my crush laa, Memang tak wajar laa kalau saya bagitau nama sebenar dia kat sini , nanti bikin malu saya je sebab syok sendiri . HAHAHA :3 Okay , ceritanya macam ni , masa tu saya masih form 3 kalau tak silap laa . Setiap kali pulang dari sekolah saya selalu naik bas stesen a.k.a bas tambang (ore kelate panggil) , so nak dipendekkan cerita ada satu hari tu crush saya balik dengan bas tu jugak . Bas yang sama saya naik pulak tuu . hehe . Pada masa tu saya tak kenal pun dia , tapi kawan-kawan termasuk kembar saya tu kenal dia sebab capital A ni turun dulu sbelum kawan-kawan saya . Pernah beberapa kali jugak laa kawan-kawan saya ni ternampak dia dan naik bas sekali dengan dia . Haa , nak dijadikan cerita , kawan saya ni pernah la kot nak usha dia . Eh eh , bukan usha mengorat kay tapi macam ada perasaan minat gituu . So , waktu tu saya agak kebudakkan budakkan dan saya rasa saya tak mahu ketinggalan , saya pun rasa saya macam nak minat dia jugak . Hm pelik kan tapi ituu laa saya  >.< Hahaha. Alaa , zaman budak-budak dulu bila jumpa laki sikit mesti cakap macam ni ‘ Eh , ni pakwe aku ni”. Macam tuu laa saya dgn kawan saya dulu . Saya dan kawan saya duk main berebut ‘si dia’ ni . Masing-masing tak nak mengalah termasuk saya laa . Tapi masa tu kitorang gurau-gurau je dan saya takde perasaan lagi pun kat dia . Padahal si ‘dia’ ni tak tahu apa-apa pun pasal kitorang . *tak kisah pun* wahaha
   Sampai laa pada satu tahap tu , (masa form4) saya dapat tahu yang kawan saya ni main text dengan dia . Saya tak jeles kay , tapi saya rasa saya tak nak ketinggalan so saya pun curi-curi ambil nombor tu daripada telefon dia . Zaman budak-budak kan. HAHA *jujur kay jujur* So , saya pun start laa main text dengan dia . Tapi saya dapat rasakan kawan saya tu lagi rapat dengan dia , timbul laa sikit rasa jeles tuu tapi tak kisah laa . Kitorang text sampai laa satu tahap tuu berlaku peristiwa yang memalukan ke atas diri saya. Jangan fikir benda yang pelik pelik kayy -_- Sebenarnya rupa-rupanya orang yang saya text tuu bukan crush saya :’( Sumpahh , memang tertekan gila saya masa tu . Bukan sebab tak dapat text dgn crush  saya yang sebenar tetapi saya rasa diperbodohkan . Memang terasa diri saya terlalu bodoh masa tu sampai saya boleh tertipu . First time saya kena tipu macam tuu sampai saya boleh menangis tahu tak -___- *bukan menangis sangat pun , keluar air mata je* Si mamat tuu pulak boleh je dia mengaku nama dia tu si capital A . Kalau jumpa mamat tu rasa nak tampar je . Huh !! Tapi sampai sekarang saya masih tak jumpa dengan si penipu tuu . Haaa , macam mana saya boleh tahu yang dia bukan si capital A ? Sebab si capital A yang asli hantar text dekat saya mengatakan yang ada orang menyamar jadi dia . Memang terkejut giler kot masa tuu padahal masa tu saya agak rapat laa dgn si penipu tu . Kesian kan , saya diperbodohkan L Salah saya jugak sebab terlalu percaya dengan kata-kata lelaki . Saya pun tak faham kenapa saya senang betul percaya cakap orang. Bahaya laa kalau macam ni -,- okay continue . Lepas terima berita mengejutkan , saya tak reply lagi mesej crush saya tu sebab otak saya masa tu kosong gila . Malam tu jugak saya hantar text dkat si penipu tu dan marah-marah dia. Semestinya saya tanya dia , kenapa buat saya macam ni . Kalau tak silap saya , dia cakap ‘si capital A suruh dia buat macam tu sebab si capital A ni malas nak layan orang yang dia tak kenal . Okay kalau tak nak layan pun , tak perlu laa nak suruh orang buat macam tu kan . Sakit giler kot hati masa tu . Secara automatik pula saya rasa marah dan kecewa dengan si capital A . Mungkin sebab saya memang dah ada perasaan kot dengan capital A. Hmmm :’(

   Ada pula satu malam tuu , kawan baik capital A *nama dirahsiakan* hantar text dekat saya . Dia dapat nombor saya pun daripada si penipu tu . Dan dia bertanya saya pasal kes tuu , rupa-rupanya si penipu tuu buat kecoh dengan menceritakan peristiwa tu dekat kawan-kawan dia sambil tergelak-gelak . Dia rasa bangga kot dapat mempermalukan perempuan macam saya ni . Sumpah , saya rasa nak terajang je mamat tuu . Ishh :3 Si kawan baik capital A ni rasa kesian kot dengan saya , so dia nak bagi nombor kawan baik dia tu dekat saya . Tapi tak perlu dah kan, sebab capital A tu dah text saya dulu kan . Saya ada juga bertanya betul ke si penipu tu cakap yang capital A yang suruh dia buat macam tu . Tapi dengan sungguh-sungguh kawan baik capital A ni menafikan . Entah laa , dah rasa bengong je masa tu . Tak tahu dah nak percayakan siapa . Bila saya fikirkan balik , mesti capital A tu tahu jugak pasal peristiwa tu . Tudiaa , hal tuu laa yang buat saya rasa nak koma je slama 40 hari. Mana tak nya , mesti dia dah tahu yang saya sukakan dia . Mungkin juga dia berfikir yang saya ni jenis tak tahu malu atau gedik sebab suka kan dia :3 Maluuu beb !

   Kerana terlalu sakit hati sebab kena tipu , saya pun meluahkan cerita ni dekat kawan-kawan saya . Memang maluu nak cerita tapi sabar je laa . Janji ada yang kawan yang boleh tenangkan hati kita . Sebenarnya  takde laa maluu sangat kes tu tapi rasa nak balas dendam tu mcam timbul je dalam hati . HAHAHA *evil laugh* Tapi difikirkan balik , macam buang masa je layan mamat tu . So saya ambil keputusan buat tak tahu je dan reda je dgan apa yang dia lakukan pada saya . Lagipun berdendam kan tak baik -,- Sejak hari tu saya jadi berhati-hati dengan namanya LELAKI :)


   Haa , nak dipendekkan lagi cerita walaupun dah terlalu panjang , sampai ke hari ni saya masih text dgn crush saya . Maksud saya dgn si capital A tuu okay , bukan si mamat palsu tuu .Haha . Rasa seronok pulak main text dgan dia sebab style dia bermesej macam kehendak hati saya , tak macam dengan boyfriend saya dulu main mesej macam takde modal je -_- Lagipun saya dan crush saya tu macam banyak chemistry je . *ada jodoh kot* Hahahahaha

   Memang saya mengaku saya sukakan dia . Crush saya ni biasa-biasa je orangnya tapi ada sesuatu dalam dirinya yang boleh membuatkan saya tertarik dengan dia . Saya suka tengok dia pakai jubah sekolah , nampak comel je :* hehe . Tapi paling saya suka badan dia , nampak tough je . *pujian ikhlas* Wahh , mantap kan ? Tapi yang pasti bila nampak dia , saya rasa berdebar-debar je dan automatik ‘level malu’ saya duduk di peringkat yang paling tinggi . Ishh , kenapa ni ? -,-

   Dan sekarang ni (tahun 2013) saya masih lagi kekal text dgn dia . Nak dikatakan sampai tiap-tiap malam dia hantar text dkat saya . Rindu saya kot . *perasan sendiri tak salah kan* . hehe . Dengan kawan baik dia pun , sekarang dah jadi kawan rapat saya . Haa , semua itu takdir ALLAH yang merancang , siapa tahu kan ? Dalam kategori sekarang, ibarat saya dengan crush saya tu “Kawan tapi mesra” . hihi . Sekarang ni pun saya berani je main gurau-gurau dengan dia pasal cinta la, pasal perasaan laa , tapi takde lagi laa saya cakap dengan dia saya sukakan dia . Walaupun saya bukan jenis pemalu tapi had malu tuu masih ada lagi dalam diri saya , apatah lagi dengan crush . Lagipun saya tak tahu apa perasaan dia dekat saya :(
 Tak kisah laa , sebab saya tahu siapa saya nak dibandingkan dengan dia . Hmm :( Okay , saya memang sayangkan crush saya tu tapi saya tak meletakkan sebarang harapan pun dengan dia . Sebagai tanda berwaspada juga jika cinta ditolak . So takde laa nanti rasa kecewa sangat kan ?. Cewahh *ayat takleh blahh * haha Apa yang saya boleh kata , saya sentiasa doakan dia moga bahagia dengan orang tersayang andai kata kami memang tak berjodoh . Sebab saya sentiasa berpegang pada prinsip saya “KALAU ADA JODOH , WALAU BERIBU HALANGAN , TETAP AKAN BERSAMA JUA :’)” Orang yang bercinta 20000 tahun pun , belum tentu kekal sampai akhir hayat kan ? Sebab kalau Allah tak izinkan adanya jodoh diantara mereka , memang tak akan menjadi jugak pun kan ? Jadi saya berserah dan tawakal je sekarang ni. hehe . Dan last sekali , semoga awak berjaya dalam exam SPM .I wishh Good Luck for youu , my crush :)

   Wahh , pendek giler kot my story -,- Tu baru cerita pasal crush , belum cerita pasal benda lain . Haha . Tak kisah laa , janji saya rasa lega sebab sekurang-kurangnya saya tak pendam dalam hati . Kesimpulannya kat sini , saya nak nasihatkan bagi perempuan yang dah kapel tu (termasuk kawan-kawan saya sekalian) , berhati-hati laa dengan namanya Lelaki . Bukan apa , supaya tidak tertipu macam saya . Dan jangan terlalu meletakkan kepercayaan 100% pada pasangan korang tu . Saya bukan nak menghasut tapi nak memberi nasihat . *bajet matang je aku ni * okay , bubye you alls :)
 That’s all . Assalamualaikum .


*Letih jugok kecek luar nih* Fuhh -,-



CAPITAL A

  Hanya kerana kita tak couple , tak bermakna saya takde hati dekat awak ;')





Anything dear? Syukran ♥

No comments:

Post a Comment